email: keksuri@yahoo.com
email: kaksuri@yahoo.com

Tuesday

AIDILFITRI 2012

Perayaan Aidilfitri walaupun telah hampir melabuhkan tirainya tapi sambutan penduduk setempat khususnya di Taman Angsamas masih lagi bersilih ganti mengadakan rumah terbuka. SRS Sektor-1 tidak ketinggalan juga memeriahkannya dengan mengadakan sambutan 4 tahun penubuhannya.
KEKSURI mengambil kesempatan ini menjamu tetamu dengan menyelitkan beberapa menu dan tentunya tak ketinggalan kek-kek sebagai juadah.

BISKUT RAYA






















Hari Raya akan menjelang lagi, jiran tetangga masing-masing mula sibuk membuat beraneka biskut raya untuk hidangan para tetamu dihari Lebaran nanti.Saya juga tak mahu ketinggalan.Di Zaman serba canggih ini nak buat biskut raya tak le susah sangat yang penting rajin cari resepi..gunakan kemudahan teknologi depan mata,terlintas dalam kepala apa jenis biskut nak dibuat..ha tanya le 'pakcik google'yang murah hati..:)

PIZZA KAKSURI


Sekali-sekala makan makanan barat ni sedap juga lebih-lebih lagi kalau dibuat sendiri...mmmmm berbekalkan sedikit pengalaman membuat lempeng dan tip-tip dari pakcik 'google'maka dapatla hasil yang agak membanggakan,'pizza kaksuri'..rasanya??tak la jauh sangat beza dengan kat restoran Pizza Hut tu....:)

BUBUR ASYURA





Mengacau dan membuat bubur asura( orang kelantan panggil 'shuro') merupakan acara tradisi masyarakat kita,tapi sejak kebelakangan ini tradisi ini kian dilupakan lebih-lebih lagi golongan muda yang ada antara nya tidak tahu pun rupa ashura apatah lagi membuatnya.
Apapun bubur asura ini berbeza dari segi rupa dan rasa kalau dibandingkan antara negeri dan kelompok masyarakat di Malaysia..bagi saya sura versi Kelantan lah yang paling enak ..hehehehe jangan marah :)


KEKSURI DI MAJLIS PERSANDINGAN



Selamat pengantin baru kepada Fazerul dan Fiqah semoga berbahagia kekal selamanya. senyuman terukir sudah cukup mengambarkan kebahagian bersama yang akan terus terbina...KEKSURI melengkapkan acara memotong kek.




SYAHRUL DAN SYEMA

Majlis kenduri kahwin anak jiran tetangga En.Usop Syahrul dan pasangannya Syema, Majlis dijayakan bersama secara bergotong royong ahli-ahli SRS Sektor-1.






gambar-gambar sekitar majlis

LAGI KEK-KEK PERKAHWINAN

Hari ini menerima 2 tempahan untuk menyediakan kek perkahwinan didua lokasi berbeza, agak memenatkan kerana kurang tidur, menghias kek hingga larut malam. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olih Nya..



GAMBAR SEKITAR MAJLIS