email: keksuri@yahoo.com
email: kaksuri@yahoo.com

KEK MARBLE


kek yg simple tapi sedap..dikenali dengan nama Kek Marble kerana belang pelanginya seiras marble (guli).
Ramai yang pandai membuatnya tapi kebanyakannya tak rajin untuk membuat...Maka disarankan
lebih baik beli kerana tak banyak buang masa..order saje...:)


BAHAN-BAHAN :

250 gm mentega
230 gm tepung naik sendiri
130 gm gula halus
3 biji kuning telur
3 biji putih telur
3 sdb susu segar
1/4 sdt garam
6 jenis pewarna [merah/jingga/kuning/hijau/biru/ungu]

KAEDAH:

1 Putar mentega dan gula hingga kembang.
2 Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji.Putar hingga gebu.Ketepikan.
3 Putar putih telur bersama garam sehingga kental.
4 Kaup balikkan tepung secara berselang seli dgn putih telur sampai adunan rata.
5 Masukkan susu segar.
6 Bahagikan adunan kepada 8 bahagian dan warnakan 6 darinya mengikut warna pelangi.
7 Sudukan secara berselang seli ke dalam tin bulat berukuran 20 cm.
[Mulakan dan sudahkan adunan dgn adunan biasa-plain]
8 Bakar adunan pada suhu 190 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.