email: keksuri@yahoo.com
email: kaksuri@yahoo.com

KEK CHEESE OREO

http:/


Kek keju dengan biskut oreo atau dipanggil Kek Cheese oreo adalah satu-satu kek yang paling digemari kerana rasa kejunya yang lazat.







KAEDAH MEMBUAT
Bahan:
200gm biskut oreo
50gm mentega cair
750 gm keju krim
130 gm gula kaster
1/2 tbsp esen vanila
3 biji telur (
200ml whipping krim
1 tbsp. lemon juice
15 keping biskut oreo di patah 4

Cara-cara:-
Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan sebanyak 1/2 cawan padat . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati. Masukkan biskut oreo, gaul rata.Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.

Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.